Insiden ‘mic’ Shila Amzah’ kena sabotaj ke?
Insiden ‘mic’ Shila Amzah’ kena sabotaj ke?
Produksi program Famili Duo musim ketiga (FD3) memohon maaf kepada pasangan adik beradik, Shila Amzah dan Amir Syahir susulan insiden mikrofon tidak berfungsi ketika giliran persembahan mereka malam tadi.
Penerbit eksekutifnya, Muhammad Sufian Che Isa berkata, masalah teknikal yang berlaku dalam tempoh 10 saat itu turut menjejaskan mikrofon hos dan penyanyi latar.
“Daripada pihak produksi, kami memohon maaf atas kesulitan ketika tiba persembahan Shila dan adiknya yang memang bukan disengajakan.
“Isyarat frekuensi mikrofon tiba-tiba hilang menyebabkan bukan saja mikrofon mereka berdua bermasalah, bahkan mikrofon ‘back up’ juga tidak dapat berfungsi.
“Mujur 10 saat saja, tapi masalah tidak dijangka ini boleh terjadi dalam mana-mana persembahan,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media usai persembahan minggu pertama.
Menurut Sufian, pihaknya masih menanti keputusan pemeriksaan peralatan dan sistem yang menjejaskan frekuensi isyarat mikrofon.
“Saya belum dapat keputusan yang penuh lagi kerana sebelum program semuanya sempurna sehinggalah siaran langsung hampir di penghujung,” katanya.
Begitupun, produser terbabit melihat insiden tersebut sebagai menyuntik pengalaman serta ilmu kepada peserta mengawal situasi andai berlaku insiden serupa.
Sementara itu, Shila pula tidak menganggap kejadian berkenaan sebagai pematah semangat, sebaliknya berbangga adiknya meraih pujian Mas Idayu dan Ajai selaku juri kerana tampil tenang serta profesional.
“Bukan kecewa tetapi lebih kepada tak dapat kepuasan kerana kalau masalah teknikal tak berlaku, mungkin kami boleh beri lebih lagi.
“Macam juga kehidupan ada masalahnya, jadi kita teruskan sahaja, apa lagi yang boleh dibuat.
“Benda ini pun kita tak jangka. Masa latihan beberapa hari sebelum ini semuanya berjalan lancar,” ulasnya.
Walau aksi terganggu, duo yang membawakan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy itu muncul di tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus berada di belakang juara mingguan, Sharif dan Syaiful Zero yang meraih 55.4 peratus.
Pensohor media sosial, Ryan dan Adam Bakery pula di tangga ketiga bersama 42.2 peratus disusuli Tom dan Fuad (41.3), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2).
Persaingan FD3 yang menyaksikan Janna Nick dan Izzue Islam sebagai pengacara bakal berlangsung selama lapan minggu pada setiap Ahad dan disiarkan secara langsung di TV3. K Online
Insiden ‘mic’ Shila Amzah’ kena sabotaj ke?
Baca Artikel Menarik:
- Cinta PKP Sabri, Angeline
- Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu
- Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
- Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu
- Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam
- FD3: Persembahan Shila Amzah dan adiknya terganggu
- GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan
- Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata
- Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3
- Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak
- Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan
- Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
- Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun
- Abang Sabri sangat baik, saya kagum dengan dia – Angeline Tan
- Puteri Sarah makin mesra dengan Andi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’