2 rangka manusia ditemui atas bumbung bangunan di Sitiawan

2 rangka manusia ditemui atas bumbung bangunan di Sitiawan

IPOH: Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan sebuah bank di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pada 10.20 pagi.



“Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan (pita pelekat) berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Turut ditemukan di lokasi tersebut, cebisan baju kotor kemeja putih; sarung bantal biru; bungkusan plastik merah berisi disyaki tengkorak manusia setiap satu; dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Rangka tersebut dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat, menurut Mohamed Nordin.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” tambahnya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan. FMT

2 rangka manusia ditemui atas bumbung bangunan di Sitiawan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker