Ubai beri amaran kepada Syafiq Amzah

Ubai beri amaran kepada Syafiq Amzah

Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai Mz tampil memberikan amaran kepada adik iparnya, Syafiq yang bengang dengan tindakan Shila yang mahu menjual banglo yang didiami mereka, baru-baru ini.

Menerusi ciapan di laman X (Twitter), Ubai mendedahkan bahawa isterinya itu mula bekerja sejak berusia 10 tahun dan tidak pernah memegang wang, kad bank dan kad pengenalan sehingga usia 28 tahun serta mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga.

“Penderaan mental dan fizikal dalam tempoh 3 tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami. Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga.

Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja. Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’.”-dedah Ubai di X.

“Kau Jangan Cuba-Cuba Lempang Wife Aku Lagi…”

Dalam pada itu, Ubai turut memberi amaran kepada adik iparnya, Amir Syafiq agar tidak berani mencuba untuk sepak (lempang) isterinya.

Akui teruk dihina oleh darah daging sendiri, Shila Amzah menerusi ciapan di X, menyatakan bahawa dia bakal membuat kenyataan rasmi serta memberikan ‘hint’ bakal meluahkan apa yang dipendam selama bertahun-tahun.

“Selepas semua penghinaan yang saya dapat. Saya akan buat kenyataan rasmi. Bertahun-tahun berdiam diri, akan berakhir.”-ciapan Shila di X.

After all of these humiliations I’m getting,
I’ll make an official statement.
All these years of being silent are over.
— 茜拉 (@Shilaamzah) October 11, 2023

Baru-baru ini, kemelut di antara adik beradik Shila ini bermula selepas adiknya, Syada Amzah membuat pendedahan di Instagran mengenai kehadiran individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba datang ke rumah untuk melihat kediaman berkenaan.

Tambah Syada, dia menyifatkan mereka sekeluarga seperti haiwan jalanan kerana dihalau daripada rumah sendiri. Mr

Ubai beri amaran kepada Syafiq Amzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker