Ahieb Reborn influencer terbaik di Asia

Ahieb Reborn influencer terbaik di Asia

Edisi pertama All Asia Influencers Award 2023 (ASIA 2023) yang menghimpunkan lebih 60 pempengaruh media sosial rantau Asia di Kuala Lumpur, menyaksikan wakil Indonesia, Ahieb Reborn atau Mochammad Haiba Abqary, diumum sebagai Pempengaruh Media Sosial ASIA 2023 Terbaik pada malam gala, kelmarin.

Pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, Ahieb yang terkenal dengan koleksi video lucu, memenangi hadiah wang tunai AS$10,000 (RM47,300) dan trofi.



Berkongsi perasaan sebagai pemenang sulung kategori itu, Ahieb tidak menjangka mampu membawa pulang anugerah utama dan meraih kemenangan sebesar itu.

“Alhamdulillah, apa yang pasti, saya senang. Saya anggap di luar jangkaan boleh membawa pulang penghargaan sebagai Pempengaruh Media Sosial ASIA 2023 terbaik.

“Semoga apa yang diterima menjadi hadiah yang berkat dan bermanfaat. Pastinya wang kemenangan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk tambahan modal usaha saya,” katanya kepada BH Online.

Ahieb juga seronok meluangkan masa selama empat hari bersama pempengaruh media sosial dari pelbagai negara Asia di Kuala Lumpur, sejak Khamis lalu.



“Walaupun kegiatan amat padat dan cuaca di Malaysia panas, namun, amat menyenangkan. Saya sangat berharap boleh kembali ke Kuala Lumpur,” katanya.

Malam gala ASIA 2023 turut mengumumkan pemenang kategori Pencipta Kandungan Terbaik yang diraih pempengaruh dari Filipina, Kissa Eats yag membawa pulang hadiah wang tunai RM23,600 dan trofi.

Kissa yang popular dengan kandungan makanan, turut membawa pulang trofi kategori Karya Ulasan Makanan Terbaik.

Pempengaruh dari Indonesia, Hermansyah William, pula menang kategori Suntingan Terbaik dan menerima wang tunai RM14,200 serta trofi.



Selain tiga kategori utama itu, kategori Penyampai Cerita Terbaik dimenangi Tikaolaa dari Indonesia dan trofi Pilihan Orang Ramai dibawa pulang Syellaisk, juga pempengaruh dari Indonesia.

Pempengaruh, The Bang dari Vietnam pula diumum mengungguli kategori Pakaian Terbaik Lelaki, manakala kategori wanita dimenangi Vanda Rainy dari Indonesia.

Dihoskan Sazzy Falak dan Shaun Stephen, malam gala Anugerah ASIA 2023 turut dimeriahkan dengan persembahan dari Saixse, Coex, Okta Viey dan Vladd.

Susulan kejayaan ASIA 2023 mengumpulkan pempengaruh media sosial dari Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Filipina, mendorong Pengarah ASIA 2023, Datuk Abd Rahman Soltan mahu membawa jenama ASIA 2023 ke luar negara.



“Saya sangat gembira melihat anda semua hadir dari pelbagai negara. Saya juga bangga apabila kita berjaya mencapai lebih 60 juta tontonan dalam masa kurang daripada tiga hari.

“Justeru, saya mahu pastikan program ini tidak hanya diadakan di Malaysia. Saya mahu bawa platform ini ke luar negara. Jadi, setia bersama kami dan terus menjadi sebahagian daripada keluarga kami,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

ASIA 2023 anjuran Aston Creative memberi penghargaan kepada penghasilan kandungan kreatif terbaik dalam kalangan pempengaruh media sosial rantau ini.

Ditubuhkan pada 2016, Aston Creative pernah menganjurkan pelbagai acara tempatan dan antarabangsa.



Bermula daripada idea kecil untuk mengumpulkan pembikin kandungan kreatif, inisiatif itu dikembangkan menjadi acara berprestij peringkat antarabangsa.

Aston Creative meletakkan sasaran besar iaitu menjadikan platform ASIA 2023 ini sebagai jenama antarabangsa yang dianjurkan secara tahunan, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. BH

Ahieb Reborn influencer terbaik di Asia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker