PU Syed tegur pelakon papar aksi ghairah berendam bersama suami
PU Syed tegur pelakon papar aksi ghairah berendam bersama suami
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed tampil bersuara selepas tular video yang memaparkan adegan berendam dalam jakuzi Fasha Sandha bersama suaminya yang juga pelakon dan usahawan.
Dalam pada itu, Fasha turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa jumlah pengikut di media sosial miliknya turut bertambah lebih puluhan ribu orang selepas berkongsi video berkenaan.
PU Syed, menerusi hantaran di Instagram, tindakan pelakon berkenaan yang rasa bangga berkongsi aksi intim bersama suami kepada umum disebut sebagai perbuatan mujaharah.
“Ada artis dengan bangga menyatakan follower nya bertambah setelah video intimnya dengan suami menjadi viral?
Perbuatan merakam aksi intim bersama pasangan dan dikongsikan dengan kepada netizen adalah satu pelanggaran kepada hukum! Ianya boleh disebut sebagai Mujaharah dengan maksiat.
Perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama.”-tegur PU Syed
Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini turut menitipkan pesanan buat artis berkenaan untuk tidak merasa bangga dengan pertambahan pengikut di media sosial disebabkan video tersebut kerana pelakon tersebut telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat.
“Buat artis tersebut, tak payah nak berbangga bertambahnya followers kerana ianya bukan indikator bahawa perbuatan kamu itu bagus dan baik kepada masyarakat, bahkan kamu telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan ini adalah sebesar-besar musibah kepada ummat.
Tak cukup lagikah maksiat sentuh menyentuh dalam lakonan kononnya dengan izin suami itu..Kini kamu tambah lagi dengan perbuatan menyalahi adat dan agama ini.”-tulis PU Syed
PU Syed tegur pelakon papar aksi ghairah berendam bersama suami
Baca Artikel Menarik:
- Pelajar kolej cabul junior dalam tandas, asrama didakwa
- JKM tolonglah saya – Zaiton Sameon
- Che Ta jawab dakwaan Rosyam
- Zarina, Khazrul sama gila
- Kenapa tak pisah kuasa AG, pendakwaan ketika berkuasa – Azalina
- Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis
- Mahathir PM11?
- Demo ‘talian hayat’ PN untuk tarik simpati rakyat
- Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang
- Anggota JPJ tertonggeng dirempuh penunggang motosikal disenarai hitam [VIDEO]
- Jadi penasihat Menteri Besar PAS, Mahathir jilat ludah sendiri
- Berang digelar dukun palsu, pengamal paranormal bunuh suami isteri
- Fasha tak hairan, ramai ‘follow’ dari ‘unfollow’
- Dia tutup langsir, tarik kain jubah – Mondy
- Diva AA dakwa disihir artis pakai bulu mata lebat dan ada anak sundal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin
Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]