Busuk hati

Busuk hati

Pelakon Puteri Sarah Liyana menangkis dakwaan kononnya bertindak sebagai penghasut kepada mana-mana wanita agar menuntut cerai jika dimadukan, sekali gus menidakkan hukum poligami.

Tegas ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata itu, kenyataannya yang berbunyi bahawa wanita perlu bangkit mempertahankan maruah andai hidup dalam perkahwinan penuh toksik telah disalah erti sesetengah pihak.



Malah bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu menjelaskan tidak pernah mengeluarkan kenyatakan bahawa satu kesalahan sekiranya lelaki mahu berpoligami memandangkan itu bukan sesuatu yang diharamkan dalam agama.

“Poligami itu tidak haram dan saya tidak mengharamkan poligami. Nabi Muhammad adalah lelaki tapi tidak semua lelaki boleh jadi seperti Nabi Muhammad.

“Isteri punya hak untuk mendapat nafkah zahir batin dan jika wanita atau isteri tidak diberikan nafkah zahir dan batin, apakah kita wanita perlu menjadi diam dan bodoh?.

“Sekali lagi saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah tu kan, faham ke tidak kenyataan saya,” luahnya dalam Instagram.



Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu menambah, amalan poligami tidak salah, namun menjadi satu kesalahan apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab mengikut syariat Islam.

“Jika sesuatu perceraian menjadikan kita lebih baik dan dekat kepada agama kenapa itu menjadi tidak boleh?

“Silakan yang nak berpoligami itu tidak salah yang salah adalah lelaki berpoligami tapi tidak memiliki tanggungjawab sesuai syariat agama Islam,” tulisnya lagi.

Pada hantaran sama, Sarah yang berjaya menuntut cerai pada Jun lalu tidak ketinggalan menitipkan pesanan agar kenyataannya dibaca tanpa prejudis sehingga mendatangkan tanggapan salah.



“Jadi kepada lelaki di sini (Facebook) membaca dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka andalah yang bermasalah atau anda buat salah dengan isteri sampai takut kenyataan ini,” katanya.

Terdahulu, perkongsian pelakon Andai Itu Takdirnya mengulas isu Abang Tesla menerima kecaman sehingga ada individu mendakwa kenyataan berkenaan sebagai melampau.

Lelaki yang difahamkan mengamalkan poligami itu mendakwa hantaran dikongsi pelakon terbabit seolah-olah bertujuan mahu mempengaruhi wanita lain. K Online

Busuk hati



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker