Zarina Anjoulie mengaku suka keluar dengan lelaki berduit

Zarina Anjoulie mengaku suka keluar dengan lelaki berduit

Pelakon Zarina Anjoulie menjawab desas-desus yang mengatakan dia sudah kembali bersama dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Tak nafi sudah berbaik



Menerusi hantaran di Instagram (IG), Zarina atau lebih mesra disapa Anju seakan memberi bayangan mereka sudah berbaik. Kata Anju, 35, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Cerita pasal saya dan Datuk berbaik balik.. Kami memang menuju ke arah itu tapi jodoh di tangan Allah. At this point I’m just going where my life takes me.

Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul juga mengakui penyebab dia ‘rujuk’ dengan bekas tunang adalah disebabkan status kewangan yang kukuh.

Bagaimanapun, Anju hormat dengan pendirian golongan wanita yang sanggup hidup susah dengan pasangan.



Adakah saya berbalik pada dia pasal poket dia tebal (kaya)? Ya memang saya nak keluar dengan lelaki poket tebal. Lantak kau la nak lelaki miskin, itu terpulang kepada awak. Saya suka keluar dengan lelaki berduit.

Terdahulu pasangan ini pernah bertunang dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram

Zarina Anjoulie mengaku suka keluar dengan lelaki berduit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker