Lelaki maut ditembak di kawasan kedai di Kapar

Lelaki maut ditembak di kawasan kedai di Kapar

KLANG – Suasana di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, gempar apabila seorang lelaki maut ditembak di hadapan premis kedai kawasan itu, malam tadi.

Kejadian melibatkan mangsa berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dilepaskan dan berlaku kemalangan kecil.



Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu kira-kira pukul 10.35 malam.

Katanya, pemeriksaan mendapati kes tembakan itu berlaku di hadapan kawasan rumah kedai dua tingkat.

“Siasatan mendapati lelaki itu memiiki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Keadaan di lokasi kejadian kes tembak di Jalan Hamzah Alang, Kapar.
Jelas Vijaya Rao, pihaknya sedang mengesan beberapa saksi bebas di lokasi kejadian.

“Usaha mengesan bukti dan kamera litar tertutup (CCTV) juga dijalankan bagi mengesan suspek terlibat. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berhampiran. K Online

Lelaki maut ditembak di kawasan kedai di Kapar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker