Remaja maut selepas tengok pertunjukan bunga api

Remaja maut selepas tengok pertunjukan bunga api

MELAKA – Seorang remaja maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas melihat pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka di Jalan Persisiran Pantai, Klebang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Thaqif Mohd. Firdaus, 16, yang menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z telah hilang kawalan dan terbabas sendiri.

“Mangsa datang dari arah bandar menghala ke Pantai Puteri dan setiba di lokasi motosikal yang dia tunggang telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa berada di lokasi untuk melihat suasana sambutan Ambang Hari Kemerdekaan Ke-66 bersama rakan-rakannya termasuk pertunjukan bunga api.



Mengulas lanjut Christopher berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K Online

Remaja maut selepas tengok pertunjukan bunga api

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker