Rasa macam Putera Mateen – Alif Satar

Rasa macam Putera Mateen – Alif Satar

Nama Alif Satar tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Alif merupakan seorang usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah memenangi pelbagai award di Malaysia.

Anak sulung dari empat beradik itu, memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai pertandingan realiti One in a Million kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan.



Alif Satar juga banyak membintangi drama dan filem tempatan yang membuatkan namanya lebih dikenali ramai. Artis versatil ini senang apabila dihampiri peminatnya kerana sikapnya yag sangat ramah serta tidak sombong.

Baru-baru ini, tular satu gambar yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik Alif Satar yang meraih perhatian ramai. Gambar kereta Rolls Royce yang dikongsikan Alif Satar itu mendapat jumlah tanda suka hampir 18 ribu.

“Assalamualaikum dan selamat pagi!! Go green! #WraithBlackBadge”-tulis Alif Satar

Rata-rata peminatnya komen teruja kerana melihat kereta mewah tersebut. Ada juga yang menanyakan adakah Alif Satar terasa lain ketika menaiki kereta tersebut dan jawapannya sangat mencuit hati.



“Naik kereta ni ada rasa macam Bruce Wayne tak?”-tanya mereka

“Bruce Wayne tak…tapi rasa macam Prince Mateen”-jawab Alif Satar

Seperti yang kita ketahui bahawa kerabat diraja selalunya akan mempunyai kereta jenama tersebut kerana harganya yang tersangat mahal. Ramai yang terhibur mendengar jawapan dari Alif Satar serta ada juga yang menyuruhnya untuk menaiki kereta buatan tempatan pula. Mr

Rasa macam Putera Mateen – Alif Satar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker