Wan Fayhsal tak faham diplomasi – MCA

Wan Fayhsal tak faham diplomasi – MCA

Pemimpin MCA menyifatkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak faham atau pura-pura tidak faham asas diplomasi dalam konteks hubungan antarabangsa.

Timbalan Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA Neow Choo Seong berkata demikian ketika mengulas kritikan Wan Ahmad Fayhsal terhadap lawatan perdana menteri ke Arab Saudi minggu lepas.



Bekas diplomat yang berkhidmat 13 tahun itu berkata, pembangkang berniat jahat dan sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti kerajaan tanpa asas yang kukuh.

“Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal membandingkan layanan Riyadh terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin serta Mahathir Mohamad sewaktu ke Arab Saudi sebagai perdana menteri.

Antara aspek yang disentuh ahli parlimen Machang itu ialah lawatan memasuki Kaabah kepada kedua-dua pemimpin terbabit dan pertemuan dengan putera mahkota Saudi.



Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff berkata lawatan Anwar tidak seharusnya dinilai semata-mata kerana tiada pertemuan dengan raja dan putera mahkota.

Dia sebaliknya mengetengahkan perkara lain dalam agenda Anwar, termasuk menerima kunjungan hormat daripada setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha; menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Arab Saudi; serta berjumpa dengan komuniti perniagaan di Jeddah.

Sementara itu, Neow berkata jelas lawatan Anwar itu diberikan taraf tetamu penuh oleh Arab Saudi dengan pemberian kemudahan dan layanan yang setimpal sepanjang lawatan tersebut.

Tambahan lagi, katanya, Menteri Luar Negeri Zamry Abdul Kadir sebelum ini terlebih dahulu mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi.



“Ini menunjukkan bahawa setiap perincian telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur sebelum lawatan perdana menteri ke Arab Saudi,” katanya.

Dia berkata Wan Ahmad Fayhsal yang menjadi sebahagian daripada kerajaan sebenarnya arif dalam aspek protokol dan Prosedur Operasi Tetap (SOP) bagi setiap lawatan pemimpin ke luar negara.

Neow justeru menegur pembangkang dengan mengingatkan kritikan sebegitu boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain.

Wan Fayhsal tak faham diplomasi – MCA



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana



Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker