Wonda catat sejarah barisan kopi tarik terpanjang di MBOR

Wonda Kopi Tarik telah berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan Barisan Kopi Tarik Terpanjang berukuran 344 meter sempena edisi 2023 Keretapi Sarong (KS2023) yang diadakan pada Hari Malaysia baru-baru ini.

Bekerjasama bersama Locco Malaysia, sebuah organisasi yang dikenali dengan usaha mempromosi keunikan budaya Malaysia menerusi program tahunan Keretapi Sarong sejak 2017, Wonda berjaya meraikan keunikan berbilang etnik dan budaya yang sememangnya istimewa dan asli buat rakyat negara ini.

Sempena Hari Malaysia, Wonda Kopi Tarik berhasrat untuk menghubungkan masyarakat melalui rasa cinta bersama terhadap cita rasa asli  melalui Wonda Kopi Tarik dan ia juga sebagai tanda terima kasih kepada rakyat  atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dalam menjadikan Wonda Kopi Tarik sebagai pilihan Kopi Tarik dalam tin kegemaran ramai.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, Wonda Coffee sentiasa komited untuk meraikan pelbagai budaya dan etnik asli dan unik rakyat sama seperti Wonda Kopi Tarik, rasa
Malaysia yang benar-benar asli.

“Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada sambutan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Campuran Hari Malaysia kami adalah bukti keindahan apabila kita semua bersama-sama dan menikmati sesuatu yang ringkas dan memuaskan seperti secawan kopi dengan rasa tempatan iaitu Wonda Kopi Tarik.

“Kami berharap pelanggan  akan turut menikmati gabungan istimewa ini semasa mereka meraikan hari penting ini dalam sejarah negara kita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman melahirkan rasa bangganya  dapat bekerjasama dengan Wonda Kopi Tarik sebagai penaja utama Keretapi Sarong edisi 2023 (KS2023) pada tahun ini.

Menurut beliau, ini sememangnya satu pengalaman yang cukup bersejarah buat Locco Malaysia untuk bersama-sama Wonda bagi membawakan satu program yang menghimpunkan rakyat  daripada setiap lapisan masyarakat.

“Semasa KS2023, rakyat daripada semua lapisan masyarakat bukan sahaja berpeluang menyertai Barisan Kopi Tarik Terpanjang tetapi juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan khas oleh Wonda Kopi Tarik untuk meraikan hari bersejarah bersama-sama,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker