Kreatif Sungguh Hingga Rambut Sendiri Pun Boleh Jadi Gaun [VIDEO]



Kreatif Sungguh Hingga Rambut Sendiri Pun Boleh Jadi Gaun [VIDEO]

MACAM-MACAM cara untuk tampil kreatif!

Seorang gadis ini mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila memuat naik video mentransformasikan rambut panjangnya untuk kelihatan seperti sepasang gaun.

Video tersebut telah dikongsi di akaun Instagram hepgul5.

Menerusi video berkenaan, gadis itu dilihat memakai topi dan cermin mata hitam dengan rambutnya yang lebat, panjang dan tebal melilit tubuh badannya untuk membuatkannya seperti sedang mengenakan gaun.




Untuk membuatkan ‘gaun’ paras lutut itu kelihatan lebih menarik, gadis tersebut siap mengenakan tali pinggang sebagai #medaksesori tambahan

VIDEO DIBAWAH:-

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 5, 500 tanda suka (like) selain dibanjiri komen netizen.

Ada sebahagian pengguna media sosial mendakwa video tersebut mungkin diedit.

Sementara itu, ada juga yang mengatakan bahawa rambut gadis tersebut merupakan rambut palsu atau dia berkemungkinan menggunakan teknik penyambungan (extension) rambut-mSTAR




Sumber: India.com / Instagram

Kreatif Sungguh Hingga Rambut Sendiri Pun Boleh Jadi Gaun [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Not Bad!! Alas Meja Pun Jadilah…Gadis Ini Cuba Tiru Pakaian Nikah Ala Neelofa. Lawak Dan Kreatif

Kreatif Sungguh Lelaki Ini Set Up Pejabat Dalam Banjir, “Lucu….😂😂 Tapi Kesian”



Leave a Reply

Your email address will not be published.