Kreatif Sungguh Lelaki Ini Set Up Pejabat Dalam Banjir, “Lucu….😂😂 Tapi Kesian”

Sejak beberapa hari lalu, banyak kawasan dibasahi dengan hujan tanpa henti. Disebabkan itu beberapa kawasan di semenanjung dinaiki air menyebabkan banjir yang agak teruk.

Bukan sahaja di Pantai Timur malah Johor juga dilanda banjir di musim tengkujuh kali ini. Biarpun begitu, disebabkan bencana alam ini beberapa video telah tular di sosial media. Ada yang menunjukkan sebuah lori terkandas dan sempat masak maggi sebelum pasukan bomba datang menyelamat, malah ada juga insiden penunggang motosikal berdegil mahu meredah banjir dan motosikalnya hanjut dibawa arus deras.

Walaubagaimanapun, lain pula halnya dengan satu perkongsian seorang pengguna Twitter ini. Menerusi perkongsian tersebut kelihatan seorang lelaki set up pejabat dalam banjir. Dalam foto yang dikongsikan itu kelihatan lelaki sedang duduk di dalam banjir sambil menghadap laptop yang diletakkan di atas meja.

Berikut adalah perkongsian lelaki set up pejabat dalam banjir ini di Twitter:

Foto kreatif lelaki ini telah meraih lebih 19,800 retweets serta 32 ribu likes. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mengenai perkongsian lelaki tersebut di ruangan komen seperti berikut:

Lucu, tapi kesian…Apalah nasib mangsa banjir. Semoga korang dipermudahkan urusan

lelaki set up pejabat dalam banjir 3Alamak brader cemana anda boleh bertabah sampai tahap macam tu

lelaki set up pejabat dalam banjir 2Laptop tu. Moga dipermudahkan urusan bang, lagi2 kalau still belajar banyak benda nak guna laptop hurm

lelaki set up pejabat dalam banjir 1

Make sure makan ubat cacing nanti broooo

Kredit: HCL

Macam-Macam Cara Boleh Bersedekah, Ini Yang Kreatif Dan Terbaik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker