[VIDEO] Not Bad!! Alas Meja Pun Jadilah…Gadis Ini Cuba Tiru Pakaian Nikah Ala Neelofa. Lawak Dan Kreatif

Seperti mana yang kita tahu, ramai memuji kecantikan baju nikah artis wanita popular, Neelofa

Mungkin agak sukar untuk mereka baju nikah seperti itu kerana material kainnya yang bukan calang-calang dan sudah pasti harganya juga mahal.

Tetapi, baru-baru ini tular video seorang wanita di TikTok yang dikatakan kreatif kerana telah meniru baju nikah Neelofa dengan hanya menggunakan alas meja jirannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gigih pinjam alas meja jiran sebab nak berdandan supaya nampak macam baju Neelofa

Menerusi perkongsian video daripada @nadyiayaya dengan kapsyen “expectation vs reality”, kelihatan dia beberapa kali cuba meniru pakaian nikah Neelofa.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dia siap meminjam alas meja jirannya untuk dijadikan sebagai veil di bahagian kepala supaya nampak sama macam veil Neelofa.

Tidak kurang cantiknya, hasil menggunakan alas meja jiran, wanita itu persis seperti Neelofa apabila dia memakai niqab di mukanya.

Namun, video tersebut mencetuskan dekah ramai apabila wanita itu mengatakan dari depan dia nampak seperti roti jala.

Malah, dia siap meletakkan sekeping foto di hujung video semasa dia memulangkan semula alas meja yang dipinjam daripada jirannya itu.

“Hahaha creative habis, tapi cantik pulak. Lapik meja pun jadi” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih sebanyak 212.2K views, 13.5K likes serta 430 shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji kreativiti wanita itu kerana sekali pandang memang nampak sama seperti baju nikah Neelofa.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @nadyiayaya (TikTok)

Image via @nadyiayaya (TikTok)

Nice try sis! Lepas ni nak pinjam alas meja jiran awak juga lah 😛

Seismik

Sumber: TikTok Nadyiayaya

[VIDEO] Selamat Pengantin Baharu Neelofa-Haris

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker