Keluarga bergaduh besar kerana pengantin lelaki tak jadi kahwin

Dalam kejadian mengejutkan, sebuah majlis perkahwinan di Dausa, negeri Rajasthan bertukar menjadi gelanggang pergaduhan keluarga selepas pengantin lelaki enggan mengahwini pengantin perempuan, lapor portal berita Odishatv hari ini.
Majlis perkahwinan pada Isnin lalu itu adalah antara seorang pemuda yang berasal dari kampung Jhuthaheda dan gadis dari kampung Nangal-Meena.
Pada hari perkahwinan mereka, pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan bersama keluarga dan rakan-rakannya dalam satu perarakan besar.
Keluarga pengantin perempuan menyambut rombongan pengantin lelaki, manakala majlis itu pada mulanya berjalan lancar. Bagaimanapun, pengantin lelaki tiba-tiba menanggalkan serbannya dan enggan mengahwini pengantin perempuan.
Dia tetap bertegas dengan keputusannya yang membawa kepada pertengkaran besar.
Beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dikatakan membelasah pengantin lelaki dan pakaiannya turut dikoyakkan. Sebilangan anggota-anggota polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Susulan pertemuan dengan pihak berkuasa, keluarga pengantin lelaki dan wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka, manakala perbelanjaan pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer