[VIDEO] Netizen Persoal Layanan ‘Double Standard’ Setelah Penganjur Sukan Lumba Hanya Dikompaun RM20,000

Impak penularan pandemik COVID-19 pada tahun lalu telah menyebabkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa membatalkan banyak acara sukan permotoran sehingga timbul idea alternatif untuk menganjurkan acara berbasikal dan larian bagi menampung kos operasi.

Terbaru, sebuah penganjur acara sukan permotoran telah didenda sebanyak RM20,000 atas sebab melakukan aktiviti dengan kehadiran orang ramai sehingga sukar melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan Ketua Pengarah.

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-1

SUMBER GAMBAR: WHATSAPP

Pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai gambar saman kompaun yang sedang tular dan mengakui kesilapan mereka kerana gagal melaksanakan acara mengikut ketetapan norma baru.

VIDEO DIBAWAH:-

Mereka juga memohon maaf dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat semasa acara tersebut berlangsung sehingga menyebabkan pihak penganjur dikenakan kompaun.

Gambar surat kompaun yang tular di media sosial sejak malam semalam telah mengundang ribuan reaksi netizen yang mempersoalkan wujudnya ‘double standard’ dalam mengeluarkan kompaun.

Mereka membandingkan perbezaan ‘layanan’ yang diterima oleh pihak penganjur dengan artis tersohor tanah air walaupun kedua-duanya telah melanggar pematuhan SOP yang sama.

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-2

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-3

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK

Netizen mempersoalkan kenapa penganjur terus diberikan kompaun, tetapi tidak dibuka kertas siasatan terlebih dahulu seperti ‘majlis perkahwinan kayangan’ yang menjadi perbualan rakyat Malaysia sejak dua minggu lalu.-TVC

Kegagalan orang ramai bersurai mengikut syarat permit dalam satu program yang dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, malam tadi menyebabkan penganjur program berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM20,000.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, berdasarkan permit yang dikeluarkan, program berkenaan hanya dibenarkan berlangsung sehingga 12 tengah malam tadi.

“Pihak polis kemudiannya diminta ke lokasi berkenaan apabila orang ramai yang hadir gagal bersurai selepas acara itu selesai.

“Sebaik kehadiran pihak polis di lokasi, barulah diberikan kerjasama dan bersurai. Tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kami juga ada mengeluarkan kompaun (RM20,000) kepada pihak penganjur program berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penganjur program, MUSC Motorsports mengakui pihaknya gagal melaksanakan acara berkenaan mengikut ketetapan norma baharu.

“Matlamat kami mengadakan acara sukan rakyat paling diminati ini walaupun berdepan risiko besar pematuhan penganjuran acara dengan norma baharu ialah untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif kita yang mana sudah cukup terkesan sejak bermulanya Covid-19.

“Kegagalan kami mengawal penjarakan fizikal menyebabkan beberapa kali acara terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami meminta maaf kepada semua pihak yang terbabit dan tanpa menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguat kuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan ‘drag’, pengunjung dan semua pengikut Musc Drag Racing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu hantaran dan gambar yang menunjukkan orang ramai berkumpul di SIC di acara itu tular di media sosial.-HM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker