Kenali endemik batuk kokol yang sedang melanda

Cegah penularan batuk kokol seperti melawan COVID-19

Kenali endemik batuk kokol yang sedang melanda

Mengikut Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga Sabtu lalu, sebanyak 329 kes pertussis dengan 23 kematian dilaporkan di seluruh negara tahun ini berbanding 697 kes dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.

Daripada 329 kes pertussis dilaporkan tahun ini, 219 kes atau 66.6 peratus membabitkan rakyat tempatan, manakala baki 110 kes membabitkan bukan warganegara. Bayi berusia bawah 12 bulan adalah kumpulan umur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes.



Batuk kokol adalah wabak penyakit dikategorikan sebagai endemik, bermakna ancaman bahaya daripada penyakit ini tidak boleh dipandang ringan setiap rakyat. Apatah lagi kita masih dalam fasa peralihan ke endemik COVID-19, bermakna bahaya penyakit ini mengakibatkan radang paru-paru, otak dan sawan dan mudah berjangkit serta boleh membawa maut.

Rakyat tidak boleh ambil mudah ancaman endemik ini kerana ia tetap berisiko menyebabkan kematian, jika itu memang ditakdirkan. Namun sebagai manusia, kita wajib berusaha mengelak daripada ancaman penyakit. Mencegah lebih baik daripada merawat. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.

Walaupun jangkitan terkawal, kita amat berharap sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pertussis tidak menjadi masalah kesihatan utama di negara ini. Seperti difahami, endemik ini boleh dicegah di peringkat awal kelahiran kanak-kanak sehingga berusia 18 bulan menerusi suntikan vaksin imunisasi.

Masalahnya ketika ini, tiada undang-undang atau peraturan khusus wujud untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat suntikan vaksin atau imunisasi lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan.



Walaupun mendapatkan imunisasi untuk kanak-kanak adalah satu pilihan, namun ibu bapa seharusnya berfikir panjang, iaitu mengutamakan kesihatan anak supaya mendapat imunisasi secukupnya bagi memutuskan rantaian wabak ini pada masa depan.

Bermakna, kempen kesedaran menggalakkan ibu bapa memastikan anak mereka menerima imunisasi ditetapkan KKM perlu dipertingkatkan dengan menerapkan elemen pendidikan mengenai impak bakal dialami diri, masyarakat dan negara jika mengambil mudah soal penjagaan kesihatan serta pencegahan wabak ini.

Pada masa sama, kebanjiran warga asing bekerja di negara ini seperti dalam sektor perkhidmatan dan makanan turut dipercayai antara punca banyak penyakit berjaya dikawal penularannya sebelum ini seperti tibi, muncul kembali. Maka saringan kesihatan warga asing diambil bekerja di negara ini juga perlu lebih ketat dan tegas.

Ia bagi mengelak wabak berbahaya seperti pertussis dan tibi muncul kembali di negara ini serta menular sehingga mengancam keselamatan nasional. Bukan waktunya lagi untuk kerajaan memandang remeh soal penularan penyakit boleh berjangkit ini.



Pengalaman ketika negara ‘dilanggar’ COVID-19 sepatutnya menjadi iktibar kepada semua pihak terutama kerajaan, KKM dan kementerian bahawa soal mengawal penularan penyakit tidak boleh dikompromi sama sekali kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.

Apa itu batuk kokol?

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.



Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Apakah kebarangkalian batuk ini?

Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.



Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apakah simptom-simptom batuk kokol?

Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.

Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.



Anda boleh mendapat:

Hidung berair
Hidung tersumbat dengan mukus
Mata merah dan berair
Demam
Batuk
Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

Merangsang untuk muntah;
Menyebabkan muka menjadi merah atau biru;
Menyebabkan kepenatan melampau;
Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.
Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.

Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:

Muntah;
Bertukar menjadi merah atau biru;
Sukar bernafas atau anda sedar pernafasannya terhenti seketika;
Menarik nafas dengan bunyi “whoop”

Apakah punca batuk ini?

Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.

Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada pertussis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol. Antaranya ialah:

Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan;
Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit batuk kokol didiagnosis?
Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk ini tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema, atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.

Jika doktor anda hendak memastikan diagnosis itu betul, anda boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.

Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.

X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.

Bagaimana pesakit batuk kokol dirawat?

Untuk merawat batuk pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebabpertussis, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.

Tetapi jika batuk anda didiagnosis lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.

Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.

Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.

Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.

Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan di rumah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani batuk ini?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani pertussis ini:

Minum air secukupnya. air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda;
Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk;
Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Kenali endemik batuk kokol yang sedang melanda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker