‘Bagi balik helmet ‘fullface’ anak aku’

Ibu merayu helmet arwah anaknya dipulangkan

‘Bagi balik helmet fullface anak aku’

“Mama angankan tangan Abang Ngah akan pimpin tangan mama sampai mama tua.

“(Tapi) siapa sangka hanya sementara Allah beri mama rasa itu. Nanti tarik tangan mama masuk syurga ya sayang,” demikian luahan meruntun hati Norazlina Abdul Aziz yang kehilangan anak lelakinya, bulan lalu.



Ibu tunggal itu berkata, Muhammad Danish Irfan Mohd Tajul Syahrizal, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika arwah dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Pandan Dalam, di sini, menuju ke tempat kerjanya di Selayang, Selangor, 6 Julai lalu.

Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu adalah satu-satunya anak lelaki harapan sebagai pengganti arwah suaminya, Mohd Tajul Syahrizal Mohd Nasir yang meninggal dunia akibat barah paru-paru pada 30 Mei 2012.

“Semasa usianya 16 tahun, saya harapkan anak ini boleh ganti tanggungjawab arwah suami. Saya tengok dia memang sangat melindungi keluarga terutama apabila ada orang cakap bukan-bukan pasal saya.



“Tapi sekarang tempat saya bergantung harap sudah tak ada, cuma doa dapat saya berikan untuknya. Bukan tak reda, tetapi saya masih perlukan masa mencari kekuatan untuk menerima kenyataan ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Norazlina berkata, kehilangan Muhammad Danish Irfan masih berbekas apatah lagi pertama kali tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang jatuh pada 18 Ogos lalu, selang 43 hari tragedi malang itu.

“Untuk birthday (hari jadi) Abang Ngah tahun ini, hanya doa dan bacaan Yasin yang dapat mama hadiahkan.

“Tak dapat lagi nak celebrate (sambut) macam tahun-tahun sebelum ini,” katanya yang melawat pusara anaknya di tanah perkuburan di Sri Gombak, di sini, setiap hari.



Katanya, dia kini mencari topi keledar jenis bertutup penuh (full face) berwarna merah jenama Zeus yang digunakan anaknya semasa kemalangan itu berikutan ia adalah peninggalan amat bermakna buat keluarga mereka.

“Saya merayu kepada sesiapa yang terambil helmet (topi keledar) arwah anak semasa kemalangan itu, pulangkan semula kerana puas kami cari di lokasi nahas, tetapi tak jumpa.

“Kalau ada yang terbeli dari seseorang, saya juga sanggup bayar semula duit itu.

“Helmet itu sangat berharga bagi saya kerana itulah kenangan anak saya, barang kesayangan arwah yang dia usaha beli guna duit gaji sendiri,” katanya yang boleh dihubungi menerusi akaun TikTok, IceblendedC4. HM



‘Bagi balik helmet fullface anak aku’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker