Gajah betina bikin tidur tidak lena
Gajah betina bikin tidur tidak lena
Gua Musang: Kira-kira 300 penduduk Orang Asli Kampung Aring 5, Pos Lebir bimbang dengan kemunculan seekor gajah betina dewasa bersama seekor anaknya di perkampungan itu, sejak seminggu lalu.
Penduduk mendakwa gajah liar terbabit turut merosakkan empat rumah buluh penduduk kampung pada waktu malam.
Menceritakan detik mendebarkan kejadian Khamis lalu itu, Penghulu Kampung Aring 5, Pos Lebir, Raina Anjang, berkata, seorang penduduk menyedari kehadiran gajah liar terbabit apabila terdengar bunyi bising berhampiran rumahnya, pada 8 malam.
Penduduk terbabit yang terkejut dengan kemunculan gajah liar di tepi rumahnya itu bertindak membawa lima anak bersama isteri ke rumah batu milik saudaranya yang tinggal berhampiran, untuk menyelamatkan diri.
“Kejadian gajah merosakkan rumah buluh penduduk adalah kali kedua gajah terbabit masuk ke perkampungan… kali pertama, pada Rabu minggu lalu.
“Kami menghalau gajah terbabit. Semasa dia merosakkan rumah buluh, kami nampak gajah itu mengambil makanan iaitu nasi dan garam.
“Kali ketiga gajah terbabit masuk, haiwan itu membawa bersama seekor anak dan kami percaya dia beranak di dalam kebun kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Aring 5, Pos Lebir, di sini.
Raina berkata, penduduk kampung kini ketakutan untuk keluar mencari durian pada waktu malam kerana bimbangkan keselamatan mereka.
“Malah kami terpaksa berjaga malam untuk menghalau gajah terbabit daripada mengganggu rumah penduduk,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya akan pemantauan serta kawalan di dalam kampung terbabit.
Pihaknya juga sudah menembak halau gajah terbabit dan menasihatkan penduduk tidak membuat provokasi terhadap haiwan liar itu.
“Selain itu, kami juga menyarankan penduduk membuat unggun api dan membakar tayar di tepi rumah serta memasang diod pemancar cahaya (LED) biru untuk menghalau gajah,” katanya. HM
Gajah betina bikin tidur tidak lena
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]
Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?