Saya layak dipilih – Zed Zaidi
Saya layak dipilih – Zed Zaidi
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa pelantikan semula dirinya sebagai ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mulai 1 Ogos lalu adalah hasil ‘mengampu’ pemimpin tertinggi agensi kerajaan itu.
Zed atau nama sebenar, Rozaidi Jamil, 43, menjelaskan, pelantikan sebagai ahli FINAS disebabkan perbadanan itu percaya dengan kesungguhannya memperjuangkan isu industri kreatif sejak dahulu lagi.
“Pelantikan semula sebagai ahli FINAS disebabkan orang tahu kepakaran kita dan bagaimana kelebihan saya boleh membantu Kementerian Komunikasi dan Digital serta agensi itu untuk sama-sama membangunkan industri kreatif.
“Saya sudah berpuluh tahun dalam bidang ini. Mereka (FINAS) nampak betapa saya konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan industri seni kreatif.
“Ini termasuk desakan mewujudkan akta berkaitan seni, membela hak dan kebajikan penggiat industri , isu kontrak dan pelbagai permasalahan lain,” katanya kepada BH Online.
Bukan sahaja reputasi dibina sejak 11 tahun menjadi Presiden SENIMAN, malah, akui pelakon drama Gerak Khas ini, kelayakan pendidikan memberi nilai tambah kepadanya diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu.
“Saya ada kelayakan daripada segi pendidikan. Saya ada ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi serta sarjana dalam bidang pendidikan khusus dalam pengurusan dan kepimpinan.
“Kelebihan itulah yang mereka (FINAS) nampak hingga membolehkan saya dilantik semula untuk duduk di kerusi ahli FINAS,” katanya.
Melahirkan hasrat menyambung semula beberapa isu tertangguh selepas kontraknya sebagai ahli FINAS dibatalkan, Januari lalu, Zed bagaimanapun belum bersedia untuk menjelaskan secara terperinci perkara itu.
“Segala perkara berkaitan dasar dan garis panduan hanya boleh dikongsi selepas mesyuarat bersama semua ahli FINAS.
“Kena tunggu portfolio mana yang kami diletakkan sebelum keluarkan sebarang kenyataan membabitkan hala tuju perbadanan,” katanya.
Sebelum ini, status dimuat naik Zed di Instagram (IG) menimbulkan tanda tanya apabila beliau membangkitkan kisah ‘aniaya’ dalam entri berbentuk foto yang memaparkan beliau menerima surat pelantikan daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Antara lain, melalui entri itu, Zed menulis:
“Orang yang teraniaya selalu diangkatkan darjatnya semula. Macam tu la kehidupan berorganisasi, takut ada orang merah mata tengok gambar gambar ini.” BH
Saya layak dipilih – Zed Zaidi
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)