Kapal angkasa Luna-25 terhempas di bulan

ROKET Soyuz 2.1b yang membawa kapal Luna-25 berlepas dari tapak pelancaran di kosmodrom Vostochny, Russia. – AFP

MOSCOW: Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos mengesahkan kapal angkasa Luna-25 terhempas di bulan selepas berputar tanpa kawalan.

Lapor BBC, Roscosmos memaklumkan pihaknya terputus hubungan dengan kapal angkasa Luna-25 sejurus selepas pukul 2:57 petang (waku tempatan).

“Kapal angkasa itu bergerak ke bahagian orbit yang tidak dijangkakan dan terus musnah akibat terhempas permukaan bulan,” jelas agensi itu dalam kenyataan.

Kapal Luna-25 dijadualkan melakukan pendaratan di bahagian kutub selatan bulan esok.

Usaha itu merupakan sebahagian perlumbaan antara negara kuasa besar untuk meneroka bahagian bulan yang dianggap santis menyimpan poket air ais dan elemen berharga.

Terdahulu, Roscosmos memaklumkan kapal angkasa Luna-25 berdepan `situasi tidak normal’ ketika ia bersiap sedia untuk berpindah ke orbit pra-pendaratannya.

“Sepanjang operasi itu, situasi tidak normal berlaku di stesen automatik yang tidak membenarkan pergerakan dilakukan dengan parameter ditetapkan,” jelas Roscosmos dalam kenyataan berasingan.

Menurut agensi angkasa lepas itu, beberapa pakar sedang menganalisis masalah tersebut tanpa memberikan butiran lanjut.

Sebelum ini, Roscosmos pernah memaklumkan pihaknya menerima keputusan pertama daripada misi Luna-25 dan ia sedang dianalisis.

Agensi itu juga menyiarkan beberapa gambar kawah Zeeman bulan yang dirakam oleh kapal angkasa berkenaan.

Roscosmos memaklumkan data diterima setakat ini memberikan maklumat mengenai elemen kimia dalam tanah permukaan bulan.

Malah, jelas agensi itu, ia juga akan memudahkan operasi peranti yang direka khas untuk mengkaji permukaan dekat bulan.

Dilaporkan, Luna-25 berjaya memasuki orbit bulan pada Rabu lalu dan merupakan kapal angkasa Russia pertama yang melakukannya sejak tahun 1976.

Luna-25, yang saiznya sebesar kereta kecil, dijangka beroperasi selama setahun di kutub selatan bulan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saintis di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dan agensi angkasa lepas lain mengesan kesan air ais di kawah.

Russia berharap misi Luna-25 dapat ‘memberi tamparan hebat’ kepada Barat selepas republik itu dikenakan pelbagai sekatan berikutan perang di Ukraine.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker