Perseteruan politik, Sanusi maafkan Saifuddin

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaafkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan mereka yang `menyerangnya` sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, beliau juga mahu membuka lembaran baharu dengan kerajaan Persekutuan yang diharapkan tidak menghukum rakyat negeri ini yang memilih Perikatan Nasional (PN).

“Bagi pihak diri saya, Muhammad Sanusi Md. Nor yang diserang bertubi-tubi, bertalu-talu tanpa henti, depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan dengan bermacam-macam fitnah dan serangan. Saya maafkan semua serangan itu,” katanya ketika berucap pada Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah, malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN turut memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengannya atau PN sepanjang PRN lalu.

“Saya bagi pihak seluruh jentera pilihan raya PN memohon ampun dan maaf kepada semua rakyat Kedah dan rakyat negeri lain yang mungkin tersinggung dengan kempen yang kita jalankan.

“Ada yang kami tak sengaja, ada yang kami terpaksa, ada yang kami diprovok dan ada ketikanya kami terlalu sakit untuk menahannya. Maka kami lepaskan supaya kamu turut rasa apa yang kami rasa,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak mengejek pemimpin politik yang tewas pada PRN lalu termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengingatkan kesemua ADUN PN untuk tidak mencari ‘kebahagiaan’ kepada diri sendiri atau keluarga terlebih dulu.

“Saya jamin selama mana diberi amanah mengetuai Kedah, saya akan pastikan mereka semua tidak jadi kaya. Mereka tidak akan pernah terpalit dengan sebarang skandal rasuah dan penyelewengan. Saya tidak izinkan mana-mana ADUN berkejar ke sana-sini mencari projek untuk diri sendiri atau kawan-kawan,” katanya.

Dalam pada itu pada sidang akhbar pertama pasca PRN di pejabatnya di Wisma Darul Aman Muhammad Sanusi berharap segala urusan selepas ini dilakukan mengikut prosedur kerajaan yang sepatutnya.

“Saya sudah bersedia untuk lembaran baharu. Kalau mereka (Kerajaan Pusat) bersedia, Alhamdulillah. Tetapi kalau mereka masih simpan (dendam) di dalam hati, tak tahulah.

“Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan, urusan kena ikut prosedur kerajaan. Hal-hal hati tak boleh bawa masuk ke dalam itu,” katanya yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Muhammad Sanusi berkata, kepemimpinan Kerajaan Persekutuan perlu memberikan tumpuan yang sama kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.

Sementara itu katanya, pelantikan 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dibuat secepat mungkin dan akan diselesaikan dalam minggu ini setelah nama-nama calon itu ditentukan oleh kepimpinan parti-parti komponen dalam PN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker