Menantu dicari SPRM, Muhyiddin kunci mulut
Menantu dicari SPRM, Muhyiddin kunci mulut
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin enggan mengulas berhubung menantunya, Muhammad Adlan Berhan yang sedang dikesan SPRM.
“No komen,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika membantu kempen calon PN di DUN Batu Tiga Rina Harun, di Shah Alam hari ini.
Semalam, SPRM berkata pihaknya sedang mengesan lokasi Muhammad Adlan dan seorang lagi individu, Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM.
“Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023 serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini,” kata SPRM dalam kenyataan.
Pada Februari lalu, Muhyiddin menafikan sebarang penglibatan ketika dia menjadi perdana menteri dalam pemberian kontrak yang didakwa ada kaitan dengan Muhammad Adlan.
“Saya sebagai perdana menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka,” kata Muhyiddin pada 9 Feb.
Dia juga berkata tiada ahli keluarganya mempunyai hubungan dalam IRIS Corporation Berhad, sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham. FMT
Menantu dicari SPRM, Muhyiddin kunci mulut
Baca Artikel Menarik:
- Chef Nasi Arab terkenal aniaya saya – King of Roadtrip
- Exco Kelantan belanja penapis air kepada aduan yang viral sahajakah?
- Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi
- Telefon tauke judi untuk minta duit?
- Sanusi hang duk buat apa la ni?
- Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan
- Anwar lawat Ustaz Muhaizad di Madrasah Ribat Al-Musthofa
- Doktor pakar kanser tembak bayi sebelum bunuh diri
- Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang
- Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan
- ‘Fahaman saya benar, yang lain sesat’
- SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam
- ‘Aduh YB janganlah macam ni’
- Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET