Langgar polis, 9 das tembakan dilepaskan

Langgar polis, 9 das tembakan dilepaskan

Polis Kuala Lumpur melepaskan sembilan das tembakan ketika mengejar dua suspek mencurigakan selepas kenderaan dipandu mereka melanggar anggota unit rondaan bermotosikal (URB), pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kejadian itu berlaku pada 7.45 pagi polis mengejar kereta tersebut dari Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan awal mendapati semasa URB sedang membuat rondaan, mereka terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hijau dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota URB cuba memberhentikan kereta tersebut tetapi suspek bertindak melarikan diri dan melanggar kereta orang awam.

“Suspek juga bertindak mengundurkan kenderaannya dan melanggar anggota URB menyebabkan mangas cedera,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, bagi mempertahankan diri, dua anggota URB melepaskan sembilan das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek dan menyebabkan kenderaan itu terbabas di tepi jalan.

“Bagaimanapun, dua suspek dalam kereta itu berjaya melarikan diri,” katanya yang menambah identiti mereka sudah dikenal pasti.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307/ 353 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video beberapa anggota polis mengejar sebuah kereta sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Kereta tersebut juga dilihat melanggar beberapa kenderaan lain dalam usahanya meloloskan diri. FMT

Langgar polis, 9 das tembakan dilepaskan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker