Benzema syukur selesai tunai Umrah

Benzema syukur selesai tunai Umrah

MAKKAH: Peluang berada di bumi Arab Saudi tidak dilepaskan begitu saja oleh beberapa pemain bola sepak ternama beragama Islam yang memutuskan untuk mengerjakan ibadah Umrah termasuk pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema dari Perancis.

Benzema, yang menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad hampir dua bulan lalu, berkongsi video di platform media sosialnya awal pagi tadi ketika menunaikan ibadah Umrah di Masjidil Haram.



Video itu dikongsikan di laman Instagram dan platform X yang mendapat perhatian berjuta-juta pengikut.

“Masya-Allah, terbaik daripada yang terbaik. Alhamdulillah,” kata Benzema dalam video itu dengan gambar dia berlatarbelakangkan Kaabah bagi memulakan ibadah Umrah.

Dia turut berkongsi satu cerita di laman Instagram dengan menulis dalam bahasa Perancis yang bermakna “terlalu gembira.”

Penyerang Perancis itu menyertai Al-Ittihad pada Jun lalu dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun selepas 14 tahun beraksi dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.



Dia membuat penampilan sulung bersama kelab itu hujung bulan lalu pada peringkat kumpulan Piala Juara-Juara Kelab Arab yang mana Arab Saudi menjadi tuan rumah.

Benzema antara beberapa pemain berprofil tinggi yang menyertai kelab Arab Saudi baru-baru ini mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo, yang beraksi bagi musim kedua di Al-Nassr.

Bagaimanapun ketika Ronaldo mengemudi Al-Nassr ke separuh akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab malam tadi, Benzema dan Al-Ittihad tersingkir pada suku akhir di tangan Al-Hilal selepas tewas 3-1 kelmarin.

Benzema gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78 perlawanan itu namun dia menjaringkan tiga gol setakat ini, satu gol dalam setiap perlawanan Al-Ittihad pada pertandingan itu. BH



Benzema syukur selesai tunai Umrah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker