Isteri Syahmi Sazali kecewa masalah air Kelantan tak pernah selesai

Isteri Syahmi Sazali kecewa masalah air Kelantan tak pernah selesai

Isteri kepada pengarah dan pelawak terkenal Syahmi Sazli, Anissa Faizul meluahkan rasa kecewa mengenai isu air di negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Mekah, Kelantan.

Kata Anissa, sudah lebih 30 tahun negeri itu ditadbir oleh satu parti politik namun isu keperluan asas yang penting seperti air bersih untuk rakyat masih tidak dapat diselesaikan.



Lebih 30 tahun dah duk jaga. Benda asas pun takleh nak selesai. Dengan air la nak ambik semaye, semaye rumah. Mandi lepas kelik kijo untuk gi sejid nak maye jemaah.
Kato lebih lebih kan, oyak tak sayang ko agama. Bendo asas untuk jupo sang pencipta pun tak selesai. ok bye.

Difahamkan, Anissa membuat kenyataan terhadap satu hantaran yang dibuat seorang pengguna Facebook di Group Pasir Mas.

Dalam hantaran asal tersebut, individu itu berkongsi rutinnya yang terpaksa mengangkut air bersih hanya semata-mata untuk mandi di sebuah tandas masjid berdekatan rumahnya.

isteri syahmi sazliSumber : Facebook
Perkongsian individu itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan dakwaan susah mendapatkan air bersih di negeri itu.



Sekadar info, parti PAS mula memerintah Kelantan sejak memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 1990 sehingga kini.

Isteri Syahmi Sazali kecewa masalah air Kelantan tak pernah selesai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker