Influencer selalu tunjuk kemewahan ditemui mati dengan badan dikerat-kerat

MISTERI kehilangan seorang influencer (pempengaruh) lelaki popular sejak 19 Julai lalu terjawab apabila beberapa bahagian tubuhnya yang telah dikerat atau dipotong ditemui dalam sebuah beg.

Influencer yang berasal dari Argentina dan dikenali sebagai Fernandez Perez Algaba, 41, terkenal dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang ‘pemain kripto’ yang kerap mempamerkan kemewahan hidup.

Tubuhnya ditemukan dalam dua beg berasingan. Beg pertama ditemukan oleh sekumpulan kanak-kanak di sebuah padang berdekatan sungai di Ingeniero Budge, Buenos Aires.

Beg berwarna merah itu dipercayai mengandungi anggota badan yang dikenal pasti pihak berkuasa sebagai Perez melalui tatunya sementara sebahagian tubuh lain ditemui dalam beg kedua selepas siasatan dijalankan.

Punca kematian Perez bagaimanapun adalah kerana ditembak sebelum tubuhnya dikerat kepada beberapa bahagian, lapor Marca.

Menurut laporan sama, Perez dipercayai dibunuh kerana terlilit hutang dalam jumlah yang cukup besar. Dia dilaporkan hilang selepas gagal memulangkan kunci pangsapuri yang disewa.

Pendedahan itu dibuat oleh adiknya, Rodolfo Perez Algaba yang terbang ke Buenos Aires untuk mencari abangnya.

Dia mendakwa abangnya bukan penipu namun sedang berdepan masalah ekonomi yang teruk dan membuat beberapa pinjaman dalam jumlah yang besar termasuk daripada agensi di Argentina.

Seorang suspek telah ditangkap dengan pihak berkuasa mengatakan kes jenayah itu akan selesai dalam kadar segera.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker