Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin disahkan lemas

LUMUT: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Pantai Teluk Senangin, di sini, tengah hari semalam ditemukan lemas hari ini oleh nelayan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faris Irfan ditemui dua batu nautika dari kawasan pantai pada jam 8.20 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian membuat kerja mencari dan menyelamat secara ‘surface searching’ di kawasan Pantai Teluk Senangin.



“Manakala pasukan penyelamat menggunakan bot untuk mencari di laut sejauh dua batu nautika.

“Bagaimanapun mangsa ditemui maut oleh nelayan berhampiran Tanjung Hantu dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Katanya lagi, operasi yang bermula semalam dan bersambung hari ini membabitkan kekuatan seramai 67 orang.

Ia merangkumi JBPM (18), Polis (10), penduduk kampung (20), Angkatan Pertahanan Awam (10) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (9).



Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Mohd Akmal Hussin itu tamat pada jam 9 pagi.

Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut ketika beriadah bersama ahli keluarganya.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 3.19 petang selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari mangsa hilang kira-kira 1 tengah hari.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker