Eric Lay diganggu kaum sejenis

Eric Lay diganggu kaum sejenis

Pelakon meningkat naik, Eric Lay mendedahkan dirinya berdepan gangguan (seksual) bukan sahaja dari kaum perempuan, malah kaum sejenis di media sosial.

Kata pelakon yang juga model itu, gangguan-gangguan berkenaan sering dan masih berlaku kepada dirinya sehingga ke hari ini.



“Masa awal masuk dunia modelling dahulu, memang saya rasa tak selamat. Tetapi, lama kelamaan ia menjadi satu kebiasaan.

“Apa yang penting kena pandai jaga diri dan bijak menilai mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak.

“Ada cara yang boleh kita buat untuk menolak secara baik gangguan-gangguan ini tanpa membuatkan kita dilihat sombong,” katanya.

Eric berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran Real Men Malaysia: Wira Merah di Balai Bomba, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.



Bercakap soal kerjaya seni, Eric atau nama penuhnya Eric Lai Hongen memaklumkan dia sedia menceburi pelbagai bidang mengikuti kemampuan dan kebolehannya.

“Buat masa ini saya lebih banyak berlakon lebih-lebih lagi dalam drama Cina. Pada masa sama, Saya juga cuba mencari laluan kerjaya baharu dengan mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

“Saya juga baru berjinak-jinak dengan drama Melayu. Saya tak mahu terikat dalam satu bidang atau bahasa. Saya akan teruskan dengan bidang yang boleh saya lakukan,” ujarnya. Utusan

Eric Lay diganggu kaum sejenis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker