Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
Jika memang ada hukuman pemotongan mata ataupun beraksi di stadium kosong dalam undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), maka Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu dihukum dengan peruntukan berkenaan.
Itu pandangan legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail yang melihat pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) terbabit perlu dihukum dengan lebih tegas selepas penyokong mereka terus berdegil dengan menyalakan suar dalam Stadium Sultan Ibrahim meskipun sudah didenda oleh FAM.
“FAM harus bertegas atas isu ini dan ikut peruntukan sedia ada. Kalau ada hukuman pemotongan mata ataupun beraksi di stadium kosong atas kesalahan ini, FAM kena lakukan juga tanpa ada sebarang pilih kasih.
“Ia jawapan yang tidak relevan kerana tidak ada kena mengena dengan nak kalahkan JDT kena kalahkan di atas padang.
“Kita bukan bercakap mengenai perlawanan atau pasukan JDT tetapi mengenai undang-undang membakar suar. Kalau kita mahu dihormati, kita kena menghormati segala peraturan yang sudah ditetapkan.
“Ini adalah kesalahan berulang. Kita tahu JDT memang sebuah pasukan yang hebat tetapi tiada pihak yang seharusnya lebih tinggi daripada undang-undang.
“Pasukan yang baik seperti JDT dengan segala fasiliti terbaik, tentu sekali kemasukan suar ke dalam stadium menjadi satu tanya tanya?,” kata Jamal kepada BH Sukan.
Terdahulu, cadangan untuk mengenakan pemotongan mata kepada skuad Harimau Selatan susulan tindakan penyokong mereka membakar suar dianggap sebagai tidak ‘gentleman’ oleh pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah, Tunku Ismail menyifatkan ia sebagai satu mentaliti ‘orang yang kalah’ apabila ada pihak mengharapkan skuad Harimau Selatan ‘jatuh’ selepas dikenakan pemotongan mata.
“Kami sudah didenda kira-kira RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi. Kalau nak bertentang dengan JDT, takkan awak nak harap mata kita dipotong kerana penyokong bakar suar.
“(Itu) tak gentleman. Kalau nak kalahkan JDT, kalahkan atas padang, jangan harap kononnya mata JDT akan dipotong kerana pada pandangan saya, ia adalah ‘loser mentality’ dan ‘mindset.’
“Pengurusan pasukan lain seharusnya beri tumpuan untuk menambahbaik skuad mereka daripada sibuk mengenai JDT,” katanya menerusi satu temubual di Johor Southern Tigers. BH
Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau
You must be logged in to post a comment.