Calar kalau tak bayar

Calar kalau tak bayar

Masalah ulat parkir di ibu negara seperti tiada kesudahan hingga mengundang rasa tidak selesa warga kota dan orang ramai yang bertandang di sini.

Ulat parkir yang mengenakan caj mencecah RM20 bagi sebuah kenderaan menyasarkan lokasi tumpuan ramai seperti kawasan beli-belah, tempat menjamu selera dan sekitar pusat hiburan.

Pekerja swasta, Mohd Farouk Abd Hamid, 29, berkata, dia rimas dengan kehadiran individu itu kerana mengganggu orang yang hendak meletakkan kenderaan di lot parkir awam.

“Tindakan mereka memaksa pengguna jalan raya membayar caj parkir amatlah keterlaluan. Pernah satu hari, kereta saya dicalarkan kerana tidak membayar RM10 kepada individu berkenaan.

“Mereka seolah-olah menjadikan lot parkir awam sebagai sumber pendapatan, dan ini juga antara sebab kenapa orang takut nak ke (sesetengah tempat di) pusat bandar,” katanya ketika ditemui.

Mohd Farouk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak tidak bertanggungjawab itu yang didakwanya semakin ramai.

“Kalau kita ke pusat bandar seperti Jalan Changkat, Jalan Chow Kit, Jalan Tun Razak dan Jalan Ceylon memang perlu bersiap sedia dengan bayaran di lot parkir awam terutama pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi warga kota, Mohd Amirul Azlan Shah Mohd Shakib, 34, berkongsi pengalaman dimarahi penjaga tempat letak kenderaan ‘haram’ kerana tidak membayar caj RM20.

“Saya ketika itu ingin menjamu selera. Selepas diminta membayar caj, lelaki itu memarahi dan mengugut untuk merosakkan kenderaan.

“Sejak pengalaman itu, saya menggunakan perkhidmatan e-hailing jika ingin ke pusat bandar kerana risau keselamatan, selain bayaran parkir yang tidak berbaloi,” katanya.

Bagi penunggang motosikal, Mohd Afiq Mohd Nasir, 28, bukan hanya kereta yang dikenakan bayaran oleh ulat parkir, motosikal turut sama dipaksa membayar caj meletak kenderaan.

“Sudah beberapa kali saya kena dan dipaksa membayar RM1 kepada ulat parkir. Alasannya untuk menjaga motosikal dan mengelak daripada dicuri.

“Jikalau saya tidak bagi, saya risau motosikal akan diapa-apakan dan jumlah berkenaan tidaklah terlalu besar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sikap memaksa dan mengugut oleh ulat parkir itu yang tidak disenanginya hingga menyebabkan dia membayar jumlah diminta.

“Ketika sampai saja, penjaga parkir berkenaan akan menunjukkan ruang kosong untuk letak motosikal.

“Jika tidak bagi duit, dia akan tunggu saja dekat motosikal menyebabkan kita rasa tidak selesa. Kawasan ini sebenarnya parkir awam, dan lelaki itu (ulat parkir) mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan,” katanya. HM

Calar kalau tak bayar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker