2 pelajar keracunan metanol di Pitas meninggal dunia

Mangsa meninggal dunia masing-masing akibat kegagalan fungsi pelbagai organ dan kecederaan pada otak, kata Ketua Polis Kota Marudu Zairolnizal Ishak.

2 pelajar keracunan metanol di Pitas meninggal dunia

Dua pelajar sekolah menengah di Pitas yang berada dalam keadaan kritikal kerana keracunan metanol pada minggu lepas dilaporkan telah meninggal dunia.

Sinar Harian melaporkan kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan semalam di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII di Kota Kinabalu.

Kematian pelajar pertama dilaporkan pada 4.08 petang Rabu, manakala seorang lagi pelajar pada 4 petang semalam, menurut Ketua Polis Kota Marudu Zairolnizal Ishak.

“Punca kematian (pelajar pertama ialah) kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol,” kata Zairolnizal.

“Pelajar kedua pula dilaporkan meninggal dunia disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol.”

Katanya, mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dilaporkan pada 9 Jun seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas mengalami keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat minum campuran air berkarbonat dan “spirit”.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam) Dr Asits Sanna berkata, mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun, dan lapan daripadanya mengalami gejala seperti lemah badan, sakit perut, muntah, kabur penglihatan serta pening kepala, manakala 12 lagi tidak bergejala. FMT

2 pelajar keracunan metanol di Pitas meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker