Pelakon Snowdrop Soo Ryun mati akibat jatuh tangga

Pelakon Snowdrop Soo Ryun mati akibat jatuh tangga

Bintang K-Drama, Snowdrop, Park Soo Ryun disahkan meninggal dunia selepas terjatuh tangga berhampiran kediamannya ketika pulang bekerja, kelmarin.

Mengikut laporan portal Soompi, keluarga mengesahkan pemergian Soo Ryun selepas pelakon berusia 29 tahun itu dikatakan koma selepas tragedi malang hingga menyebabkan otak gagal berfungsi, sebelum meninggal dunia, tengah hari kelmarin.



Susulan kematian dan sebagai menghormati anaknya, ibu bapa aktres berkenaan membuat keputusan menderma organ lainnya yang masih berfungsi.

Bercakap kepada agensi, ibunya memberitahu, hanya otaknya sahaja yang tidak berfungsi, manakala jantungnya masih lagi berdenyut.

“Pasti ada insan yang amat memerlukan organ. Sebagai ibu dan bapa, kami rasa tenang sekiranya organnya diberikan kepada insan yang memerlukan, ” katanya.

Sebelum kecelakaan itu, Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju, semalam untuk membintangi drama muzikal terbaharunya.



Soo Ryun yang turut dikenal sebagai pemuzik membuat debut pada 2018 menerusi muzikal II Tenor.

Selain itu, Soo Ryun juga tampil di beberapa muzikal lain seperti Finding Kim Jong Wook, Passing Through Love, Siddharta dan The Day We Loved.

Menerusi drama bersiri Snowdrop, Soo Ryun berpeluang berlakon di samping Jisoo Blackpink dan Jun Hae In.

Malah, Soo Ryun cukup teruja berkongsi banyak foto bersama Hae In dalam akaun media sosial dengan menulis kapsyen memuji pelakon senior itu kerana terus bersama mereka sehingga ke akhir penggambaran.



Drama bersiri ditayangkan pada penghujung 2021 itu menjadi trending.

Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian dilaksanakan, pagi ini. BH

Pelakon Snowdrop Soo Ryun mati akibat jatuh tangga

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker