Suspek dera anak teman wanita direman 7 hari

Suspek dera anak teman wanita direman 7 hari

Pempromosi acara yang melarikan diri selepas dipercayai mendera anak teman wanitanya di Setapak telah dicekup pihak polis dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D.Saralathan berkata, Amir Shafiq yang berusia 31 tahun ditangkap di kawasan perumahan Kepong.

Jelasnya, lelaki tempatan berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Khamis, bagi membantu siasatan selepas melakukan jenayah penderaan kanak-kanak perempuan yang berusia satu tahun 11 bulan.

“Saya boleh sahkan bahawa suspek yang dikehendaki polis sejak pagi tadi ditahan malam tadi, dekat perumahan flat di Jinjang, Kepong.

“Polis akan mendapatkan perintah tahan reman ke atas suspek pagi ini,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan sedang disiasat oleh Bahagian D11 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Terdahulu Kosmo! melaporkan lelaki terbabit tergamak mendera seorang mendera bayi berkenaan sehingga memerlukan rawatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang, Setapak pada Rabu.

Teman lelaki kepada ibu mangsa itu dikatakan telah mendera mangsa di lokasi kejadian yang merupakan tempat tinggal suspek bersama ibu mangsa.

Setelah selesai memukul mangsa, suspek bertindak menghantar mangsa ke rumah keluarga ibu mangsa di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya.

Saralathan memberitahu, mangsa yang mengalami bengkak pada bibir, lebam pada kedua-dua mata serta bahagian belakang badan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. K Online

Suspek dera anak teman wanita direman 7 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker