Polis tahan lelaki didakwa hina Sultan Selangor

Polis tahan lelaki didakwa hina Sultan Selangor

Polis tahan lelaki didakwa hina Sultan Selangor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumarme

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an selepas dia memuat naik hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di media sosial.

Lelaki itu ditahan pada jam 7.10 malam ini di Bukit Mertajam, Pulau Pinang oleh sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan susulan satu hantaran dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Lucas Liam’ pada 2 Mei lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Beliau berkata, tangkapan dibuat hasil kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha mengenal pasti individu terbabit.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Samsung bersama kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


Beliau berkata, setakat ini sebanyak 12 laporan polis diterima di seluruh negara berkaitan isu sama.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sebarang penyalahgunaan media sosial yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta kesejahteraan negara.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula



“PDRM komited mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang demi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya.

Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker