Gadis ditikam 61 kali: Pasangan warga emas dibebas jaminan polis
Gadis ditikam 61 kali: Pasangan warga emas dibebas jaminan polis

KOTA BHARU: Pasangan warga emas yang ditahan reman berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata pasangan berusia 60 dan 66 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
“Pasangan warga emas iti sudah dilepaskan dengan jaminan polis hari ini dan kita fokuskan siasatan terhadap dua remaja berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, warga emas yang juga pasangan suami isteri itu adalah ibu bapa kepada suspek remaja lelaki berusia 19 tahun.
Semalam, pasangan warga emas itu ditahan reman selama tiga hari, manakala dua remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Dalam kejadian tengah malam Jumaat lalu, mayat wanita ditemui di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, jam 12.30 tengah malam dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, dilaporkan berkata mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan polis mengenal pasti identiti mangsa sebagai Nurfisya Zulkifly, 19, berdasarkan semakan cap jari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.
Gadis ditikam 61 kali: Pasangan warga emas dibebas jaminan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.