Empat ‘Samseng Jalanan’ ditahan Polis Port Dickson

Empat ‘Samseng Jalanan’ ditahan Polis Port Dickson

Empat 'Samseng Jalanan' ditahan Polis Port Dickson
Antara motosikal yang ditahan dalam OP Samseng Jalanan di sekitar jalan Bypass, Port Dickson malam tadi. – Foto ihsan Polis.

PORT DICKSON: Polis menahan empat lelaki tempatan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam satu OP Samseng Jalanan di sekitar jalan Bypass di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Ruslan Mat Kib, berkata empat lelaki itu berusia dari 21 hingga 33 tahun ditahan kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

“Operasi yang membabitkan seramai 27 anggota termasuk tiga pegawai kanan polis memburu tumpuan kepada penunggang motosikal yang melakukan kesalahan lalu lintas serta aktiviti samseng jalanan.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 264 buah motosikal dan 279 dan juga seramai 279 individu juga diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas berjaya dikesan dan sebanyak 271 saman sudah dikeluarkan dibawsh Akta Penggangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, menunggang bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, ubah suai ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta kegagalan mematuhi keperluan keselamatan kenderaan.

“Dalam operasi yang sama, sebanyak 15 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Mohd Ruslan berkata, hasil semakan mendapati kesemua kenderaan itu tidak mempunyai rekod kehilangan dan tidak membabitkan individu yang dikehendaki.

“Selain itu, dalam operasi yang sama juga, empat lelaki yang ditahan bersama empat motosikal turut disita.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, pihak polis akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari masa ke semasa bagi membanteras aktiviti samseng jalanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula



“Ia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin .

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya lagi.

Empat ‘Samseng Jalanan’ ditahan Polis Port Dickson

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker