Lepas tembakan selepas nyaris digilis geng curi kabel

Lepas tembakan selepas nyaris digilis geng curi kabel

Alor Setar: Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas nyaris digilis kereta dinaiki tiga lelaki di hadapan Medan Selera Premba, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4 pagi itu, anggota polis melepaskan satu das tembakan hingga terkena suspek di tempat duduk belakang kereta jenis Nissan Sentra.



Menurut sumber, anggota polis pada mulanya mengesan suspek menaiki kenderaan itu yang dipercayai geng curi kabel telekomunikasi.

“Sebelum itu, anggota polis berkenaan sudah menahan suspek lain yang juga geng curi kabel Telekom.

“Hasil siasatan lanjut, suspek memberitahu ada satu lagi kumpulan turut melakukan kegiatan sama tidak jauh dari situ dan anggota polis berkenaan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba, anggota keluar daripada kereta peronda polis (MPV) dan cuba menghampiri kenderaan suspek.



“Ketika itu, suspek bertindak mengundur kenderaan hingga hingga melanggar anggota polis terbabit dan nyaris menggilisnya ketika dia terjatuh.

“Suspek sekali lagi cuba melanggar anggota polis itu hingga mangsa terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut itu suspek memecut kenderaan sebelum dikejar dan berjaya ditahan berhampiran sebuah bangunan kedai.

Katanya, terdapat tiga suspek dalam kenderaan dan penumpang belakang yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut serta dilaporkan stabil.



“Anggota polis terbabit pula patah tulang keting,” kata sumber itu yang memberitahu semua lelaki itu terbabit kegiatan curi kabel di negeri ini dan datang dari Sungai Petani untuk melakukan aktiviti demikian.

Sumber memberitahu semua suspek berusia 30 hingga 50-an itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek positif methamphetamine,” katanya. HM

Lepas tembakan selepas nyaris digilis geng curi kabel



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker