Puteri Sarah sakit mata

Puteri Sarah sakit mata

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, tidak dapat hadir pada sebutan semula kes injunksi inter-parte (kedua-dua pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, susulan kekangan dialami masing-masing.

Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, anak guamnya tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan sakit mata.



“Anak guam saya kurang sihat, dia sakit mata. Hari ini adalah untuk kami failkan jawapan afidavit terhadap permohonan inter-parte mereka,” katanya ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais berkata, anak guamnya masih perlu menyelesaikan beberapa urusan pada pagi ini sehingga menyebabkan tidak dapat hadir.

“Syamsul tidak dapat datang pada sebutan hari ini kerana ada kegiatan membabitkan industri yang perlu diselesaikan,” katanya.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh keputusan injunksi inter-parte yang difailkan Yusof terhadap Puteri Sarah.



Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu pada sebutan semula kes hari ini dan akan meneliti alasan dikemukakan kedua pihak bagi memutuskan sama ada injunksi difailkan Syamsul akan dikekalkan atau diketepikan sehingga keputusan akhir.

Pada 26 Mei lalu, permohonan Syamsul melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah, diluluskan Mahkamah sama yang membenarkan perintah berkenaan berkuatkuasa sehingga hari ini dan atau sehingga kes inter-parte didengar atau diputuskan kelak.

Mahkamah meluluskan permohonan Syamsul melanjutkan tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit.

Mahkamah antara lain memerintahkan Puteri Sarah dihalang, dilarang atau ditegah bertindak mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar dan atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak dan atau media elektronik.



Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. BH

Puteri Sarah sakit mata



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi



Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti



Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker