Usul ‘blueprint Umno’ bukan kerana saingan dari Proklamasi Mahathir

Usul ‘blueprint Umno’ bukan kerana saingan dari Proklamasi Mahathir

Cadangan agar Umno mewujudkan blueprint (rangka tindakan) bagi membawa agenda Melayu bukanlah reaksi parti itu kepada Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan berkata parti itu memang sejak awal memperjuangkan agenda Melayu dan Islam, justeru tidak timbul isu mahu menyaingi proklamasi berkenaan.



“Agenda Melayu (nak) lawan proklamasi Melayu? Tidak. Umno memang selamanya perjuangkan Islam dan Melayu, kecemerlangan Melayu sejak awal.

“Ia adalah satu usaha berterusan bukan usaha baru-baru. Ini usaha sepanjang zaman,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam tadi, timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan, berkata mereka perlu mengemukakan suatu blueprint bagi membawa agenda Melayu yang “moden dan maju”.

Katanya, Umno perlu memulakan langkah berani dan tegas dengan merangka blueprint baru dengan membawa agenda Melayu yang moden dan maju.



Tindakan tersebut, kata Mohamad, adalah untuk meyakinkan bangsa Melayu bahawa Umno memang mempunyai perancangan yang jelas untuk mereka.

“Dengan blueprint sedemikian, kita (Umno) dapat membuktikan bahawa kita sedar akan masalah yang melingkari bangsa Melayu, dan kita ada strategi serta rancangan jangka panjang untuk mereka,” katanya.

Untuk rekod Mahathir mengemukakan inisiatif Proklamasi Orang Melayu pada pertengahan Mei lalu dan ia kemudian menarik sokongan beberapa pemimpin pembangkang.

Antara yang sudah memberikan sokongan kepada inisiatif itu ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, beberapa pemimpin kanan Bersatu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, bekas setiausaha agung BN Annuar Musa, Presiden Putra Ibrahim Ali, bekas ahli parlimen Tanjung Karang Noh Omar dan bekas ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.



Menurut Mahathir proklamasi berkenaan digerakkan untuk membantu orang Melayu yang didakwanya berdepan dengan banyak masalah terutama kemiskinan. Mk

Usul ‘blueprint Umno’ bukan kerana saingan dari Proklamasi Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam



Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker