Perhimpunan politik di Tanjung Karang gagal

 

PN Selangor mendakwa hak mereka untuk mengadakan program politik di sebuah padang awam di Tanjung Karang dinafikan kerajaan negeri melalui campur tangan politik.

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata berdasarkan keputusan pilihan raya parlimen tahun lalu – yang menyaksikan PN memenangi semua tiga kerusi utara Selangor – maka Tanjung Karang dianggap lokasi paling sesuai untuk mereka.



“Itu lokasi yang kami anggap paling sesuai, selamat dan selesa untuk pengundi PN berhimpun secara aman,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Program Jelajah Selangor Baru itu dijadualkan berlangsung di Padang Astaka Tanjung Karang pada malam esok.

Antara pemimpin PN yang dijangka hadir ialah pengarah pilihan raya gabungan itu Muhammad Sanusi Md Nor, bekas menteri besar Selangor, Azmin Ali, serta bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Noh Omar.

Roslan Shahir berkata semasa menyerahkan permohonan untuk menggunakan padang itu kepada wakil Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 265 Mei lalu mereka mendapati tiada sesiapa menempah lokasi tersebut.



“Malangnya pada 31 Mei lalu kami menerima surat daripada MPKS maklumkan bahawa permohonan kami tidak dapat dipertimbangkan kerana ia merupakan padang awam dan kegunaannya adalah untuk riadah saja,” katanya.

Menegaskan menghormati ketetapan asal sesebuah padang awam, Roslan Shahir bagaimanapun berkata, PN berpendapat kemudahan sebegitu masih boleh diluluskan untuk program lain yang bersesuaian.

Kerana perbezaan politik

Sebagai contoh, dia menyatakan bahawa sesebuah stadium dibina untuk tujuan sukan namun dengan keadaan dan kelulusan tertentu ia masih dibuka untuk penganjuran konsert.



Dia turut merujuk kepada Padang Merbok dan Dataran Merdeka kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang pernah dibuka untuk program khusus.

“Kami kesal dengan penolakan ini kerana ia menghalang rakyat daripada berhimpun secara aman dalam kawasan parlimen yang kami wakili,” katanya.

Pun begitu dia menjelaskan PN tidak bercadang untuk mencabar keputusan dibuat MPKS dan menghormati pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Justeru program berkenaan dipindahkan ke Kompleks PAS Tanjung Karang yang terletak di Jalan Jepun, kira-kira 5km dari Padang Astaka.



Menurut Roslan Shahir, puluhan ribu penduduk setempat yang mengundi PN dalam PRU ke-15 lalu juga merupakan pembayar cukai kepada kerajaan negeri.

Justeru katanya mereka sepatutnya diberikan kebenaran untuk menggunakan padang awam yang dikendalikan PBT berkenaan.

“Kami beri peringatan kepada kerajaan negeri – yang tempohnya akan tamat pada Jun ini – agar memimpin Selangor dengan adil.

“Jangan gunakan kuasa untuk menekan kakitangan awam dan sekat hak rakyat semata-mata kerana perbezaan politik,” katanya.



Sementara itu Roslan Shahir memberitahu, Noh – yang dianggap Giant of Tanjung Karang – akan membuat pengumuman penting dan sensasi dalam program PN malam esok.

“Sama ada dia akan bertanding atau tidak, datanglah malam esok,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah Ahli Parlimen Tanjung Karang Dr Zulkafperi Hanapi yang juga timbalan pengerusi Bersatu Selangor.

Untuk rekod, Selangor adalah satu daripada enam lagi negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh terdekat apabila mandat yang diperoleh kali terakhir pada 2018 berakhir tidak lama lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker