Jika UMNO gagal tangani isu DAP, akar umbi akan meninggalkan parti

Wan Agyl Wan Hassan berkata ahli yang setia kepada bekas pemimpin yang telah meletak jawatan atau dipecat oleh parti boleh membuat undi protes pada PRN.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno memberi amaran bahawa parti itu berisiko kehilangan sokongan akar umbinya kepada Perikatan Nasional (PN) jika tidak dapat menjelaskan “anjakan paradigma” dalam pemilihan sekutunya.

Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan, berkata ramai ahli akar umbi masih setia kepada bekas pemimpin yang sama ada telah meletak jawatan atau dipecat oleh parti.

“Mereka ini sebenarnya tidak setia kepada parti tetapi kepada individu tertentu maka mereka akan mengikut mereka (keluar daripada Umno).

“Jadi, dengan mengambilnya sebagai penanda aras bersama-sama situasi dihadapi parti dengan isu DAP, akan terdapat sejumlah besar sokongan akar umbi (beralih) kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada FMT.

Wan Agyl merujuk kepada gesaan baru-baru ini oleh pemimpin parti supaya ahli akar umbi mengundi calon parti dalam gabungan perpaduan, termasuk DAP, pada PRN akan datang.

“Kenyataan itu akan menyebabkan orang ramai menjauhi parti yang mereka percaya memperjuangkan perkara yang betul, terutama melindungi kepentingan Melayu.

“Umno pernah menjadi (parti) itu dan masih lagi, cuma dinamik sudah berubah, musuh menjadi kawan.”

Wan Agyl berkata parti itu mesti membantu akar umbi memahami sebab di sebalik perubahan itu.

Katanya, kegagalan berbuat demikian akan mendorong akar umbi Umno mengundi PN sama ada sebagai protes atau kerana mereka benar-benar percaya kepada pakatan pembangkang.

Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi Umno yang enggan namanya didedahkan, berkata beberapa ahli terdekat telah menyuarakan hasrat mereka untuk memboikot parti itu pada PRN akan datang.

“Kami masih ahli Umno tetapi kami tidak nampak (apa gunanya) membantu parti (mendapatkan) kerusi kerana ia telah kehilangan prinsipnya

Pemimpin itu berkata beliau masih belum mahu keluar parti kerana masih percaya Umno boleh kembali ke landasan perjuangannya untuk orang Melayu.

Katanya, masalah terbesar parti sekarang ialah kepimpinannya.

Menurutnya, ramai ahli akar umbi percaya bahawa pemimpin tertinggi tertentu dalam parti “sedang melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri” dan bukannya melakukan yang terbaik untuk parti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker