Rezeki Fizo dikurniakan dua anak dalam setahun
Rezeki Fizo dikurniakan dua anak dalam setahun
Pelakon Fizo Omar, 37, mengakui dikurniakan dua cahaya mata perempuan bersama isterinya, Fazeera Nazri, 26, dalam tempoh setahun adalah perkara luar jangkaan.
Bagaimanapun, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar menganggap ia adalah rezeki diaturkan Ilahi untuknya dan isteri.
“Saya bersyukur dengan rezeki dua anak dalam tempoh setahun dan ia memang di luar jangkaan. Tetapi, untuk anak seterusnya mungkin perlu jarak lama sedikit.
“Mungkin dalam beberapa tahun lagi barulah kami akan berusaha untuk anak seterusnya jika diberikan rezeki,” katanya kepada BH Online.
Fizo berkata, ada cabarannya untuk membesarkan dua anak masih kecil, namun melihat perkara itu dari sisi positif.
“Saya dan isteri boleh didik anak dan mahu memudahkan urusan persekolahan mereka. Selain itu, anak-anak boleh membesar bersama dan ada teman untuk bermain.
“Ramai netizen yang memberi pandangan mengenai jarak kelahiran antara dua anak kami. Tapi, pada perspektif saya ia adalah bagus untuk perkembangan anak-anak.
“Sebagai keluarga, kami akan letih sekali jalan sahaja. Mungkin kos sara hidup meningkat ketika ini, tetapi sebenarnya kami dapat jimat banyak kerana semuanya dibelanjakan sekali jalan sahaja,” katanya.
Pada sama sama, Fizo menjelaskan, kelahiran dua anak dalam tempoh agak dekat adalah kebaikan jangka masa panjang, biarpun ada netizen yang mempersoalkannya.
“Sekarang ini usia saya hampir mencecah 40 tahun. Saya tiada masalah untuk dukung anak pada usia 50 tahun, tetapi, bagaimana untuk 10 hingga 20 tahun akan datang apabila anak-anak sudah besar.
“Adakah saya sebagai bapa masih larat untuk bekerja bagi menampung kos pendidikan anak dan sebagainya pada ketika itu. Jadi, itu adalah perkara yang saya fikirkan.
“Mungkin kos pendidikan dan sebagainya pada ketika ini semakin tinggi, apatah lagi perlu menampung lebih daripada seorang anak. Biar susah sekarang, tetapi suatu hari nanti boleh melihat anak membesar dengan tenang,” katanya.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Wan Khaleeda yang berusia 11 bulan.
Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013. Namun, mereka bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, 6.
Sementara itu, mengulas kerjaya lakonannya, pelakon filem 7 Petala Cinta itu menegaskan, dia masih belum mengambil keputusan untuk berhenti.
“Karier lakonan saya masih berjalan seperti biasa dan ada beberapa penggambaran yang sedang dijalankan. Cuma, saya tidak boleh beri komitmen seperti dahulu.
“Sekarang saya perlu membahagikan masa dengan keluarga dan perniagaan. Bagaimanapun, saya akan pastikan setiap tahun ada terbabit dalam mana-mana drama atau filem termasuk menjadi pengacara.
“Saya masih belum berhenti dan kerjaya lakonan ini tetap akan diteruskan,” katanya. BH
Rezeki Fizo dikurniakan dua anak dalam setahun
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum