Ubai dedah apa yang dikatan ND Lala kepadanya

Ubai mendedahkan yang ramai bertanya kepadanya mengenai kehadiran Datuk ND Lala sewaktu majlis pertunangan dia dan Shila Amzah pada Sabtu lalu.

Ubai dedah apa yang dikatan ND Lala kepadanya

PERSONALITI media sosial, Ubai mendedahkan yang ramai bertanya kepadanya mengenai kehadiran Datuk ND Lala sewaktu majlis pertunangan dia dan Shila Amzah pada Sabtu lalu.

Menurut Ubai, itu bukanlah kali pertama bertemu dengan ayah kepada tunangnya, Shila.

Malah, dia pernah berjumpa dengan ND Lala beberapa kali sebelum ini.

“Ketika majlis itu, parents Sya (panggilan Shila) semua ada. Dan ramai juga tanya tentang ayah Sya kepada saya. Sebenarnya saya dah jumpa Datuk ND dah lama, sejak sebelum bertunang lagi… ketika nenek Sya meninggal.

“Masa itu saya dah borak dengan ayah Sya. Jadi, takda apa pun, normal sahaja seorang ayah datang ke majlis anaknya. Mereka anak-beranak ok. Andai kata tak ke, kita doakan baik-baik,” katanya.

Ditanya apakah pesanan yang dititipkan buat dirinya, Ubai berkata, selain ucapan tahniah, ND Lala meminta agar Shila dijaga sebaik-baiknya.

“Dia ucapkan tahniah kepada saya. Dia juga pesan supaya jaga Sya dan mendoakan apa yang kami rancang berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Ubai turut memberitahu yang dia dan Shila merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini, tetapi masih belum menentukan tarikh bagi majlis berkenaan.

“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Tetapi bergantung juga dengan kesihatan ibu saya yang sedang menjalani kemoterapi bagi penyakit kansernya.

“Sebelum tunang haritu pun banyak dugaan… Adik meninggal, saya jalani pembedahan. Jadi, tarikh nikah tu belum confirm lagi. Kalau ada, saya akan umumkan,” katanya. Gempak

Ubai dedah apa yang dikatan ND Lala kepadanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker