Tawaran untuk penyerang Kamal Adli disediakan oleh pendakwa raya
Tawaran untuk penyerang Kamal Adli disediakan oleh pendakwa raya
SINGAPURA : Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan selama empat minggu bagi pendakwa raya menyediakan tawaran untuk seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.
Hakim Daerah Terence Tay turut mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan kes.
Tertuduh yang muncul melalui pautan video mengangguk apabila keputusan itu dibacakan kepadanya melalui jurubahasa.
“Pihak pendakwaan meminta penangguhan empat minggu untuk menyediakan tawaran untuk anda… Tiada jaminan untuk anda,” kata jurubahasa itu.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana ‘disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela’.
Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman.
Pada 12 Mac, polis dimaklumkan mengenai kes di 1 Expo Drive, lelaki itu didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton yang kemudian dirampas oleh polis sebagai bukti.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital, di sini.
Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose berada di sini untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara. BH
Tawaran untuk penyerang Kamal Adli disediakan oleh pendakwa raya
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum