Dini tak nafi 10 Jun nikahi Janna

Dini tak nafi 10 Jun nikahi Janna

Pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Janna Nick pada 10 Jun depan seperti heboh diperkatakan ramai.

Malah, Dini turut meminta semua pihak menunggu tarikh dimaksudkan itu benar mahupun sebaliknya.

“Kalau apa yang dikatakan itu betul, maka ia (perkahwinan ) itu akan terjadi.

“Namun, jika selepas tarikh itu tiada apa-apa berlaku, maka tiadalah yang terjadi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran treler dan poster filem Malbatt: Misi Bakara, hari ini.

Ditanya reaksinya ketika spekulasi mengenai tarikh perkahwinan tersebar, pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann, 29, mengakui, dia tidak terkejut dengan berita itu.

“Sebenarnya, perkara ini sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu.

“Dan saya tak terkejut. Saya faham saya dan Janna memang menjadi perhatian dan kami bersikap terbuka dengan perhubungan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kau vs Aku dan IMperfect ini tidak menafikan mempunyai perancangan mengahwini kekasih yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

“Perancangan perkahwinan semestinya ada sebab takkan kita nak berada dalam hubungan main-main.

“Insya-Allah, saya tak nak lama sangat bercinta. Kami nak ke arah lebih baik, takkan kami bercinta lama-lama, ia takkan ke mana.

“Kalau benar terjadi saya akan beritahu. Jika tak, ia tak terjadi,” jelas Dini.

Terdahulu, spekulasi tarikh perkahwinan pasangan ini timbul selepas kedua-dua selebriti itu dilaporkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi majlis perkahwinan pada 10 Jun depan.

Laporan itu turut menyebut Janna juga hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.

Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019. BH

Dini tak nafi 10 Jun nikahi Janna

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker