Ezam Mohd Nor sah buat ‘comeback,, mahu bertanding di Klang dalam PRN

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan beliau akan bertanding di tempat kelahirannya di Klang, Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menurut bekas pemimpin UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau juga akan memikul tanggungjawab mengetuai jentera parti untuk negeri berkenaan.

“Mulanya saya keberatan kerana tidak pernah bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini. Tidak pernah aktif politik negeri.

“Semasa di era reformasi saya hanya sedia bantu Ketua Negeri Selangor pertama, Dr Ghazali Basri sebagai timbalan dan juga sebagai timbalan semasa Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim memimpin negeri Selangor.

“Akhirnya saya terima sebagai tanggungjawab kepada parti dan negeri kelahiran saya. Parti melihat keperluan sediakan kepada pengundi satu alternatif saingi dua koalisi besar yang bertembung sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Tambah beliau, menang atau kalah adalah soal kecil dalam perjuangan malah tidak gentar sekalipun ke penjara atau mati kerana perkara tersebut.

Ini kerana ujarnya, menegakkan dan mempertahankan prinsip lebih penting dalam satu perjuangan tanpa kompromi menentang elit jahat rasuah.

Sebelum ini Ketua Biro Pilihan Raya PRM, Zainol Arif Jamaludin memaklumkan, berdasarkan perkembangan mutakhir, parti itu memutuskan untuk menjadikan Selangor sasaran utama PRN selain Pulau Pinang.

Menurutnya, senarai penuh calon, jumlah kerusi dan fokus kerja serta isu rakyat yang akan dibawa PRM di Selangor akan diumum sebaik DUN negeri tersebut dibubarkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker