Tina Turner meninggal dunia

Tina Turner meninggal dunia

Penyanyi legenda, Tina Turner 83, yang terkenal dengan lagu What’s Love Got to Do With It, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland, akibat penyakit yang lama dideritai, semalam.

Berita sedih itu dikongsi pengurusnya kepada media, lapor AP.



Pada 2016, mendiang Turner dilaporkan menghidap kanser usus dan menjalani pemindahan ginjal atau buah pinggang pada 2017, lapor agensi.

Sementara itu, agensi melaporkan, majlis pengebumian mendiang Turner sedang diuruskan.

Jurucakap mendiang dilapor menyebut majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat Turner.

“Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup. Hanya keluarga dan rakan terdekat akan diundang,” katanya, lapor agensi.



Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai tarikh dan lokasi upacara itu diadakan tidak didedahkan.

Pemergian Turner turut diumumkan pengurusnya di Instagram (IG) rasmi mendiang.

“Dengan penuh rasa sedih, kami mengumumkan pemergian Tina Turner. Dengan muzik dan minat yang tidak terbatas, Tina berjaya memukau jutaan peminat di seluruh dunia.

“Beliau juga memberi inspirasi kepada mereka yang bakal bergelar bintang.



“Hari ini, kami ingin mengucapkan selamat jalan kepada kepada sahabat tersayang yang meninggalkan kami dengan hasil kerja dan muziknya. Tina, kami akan merindui kamu,” kata entri berkenaan.

Sejak 1994, mendiang Turner menjadikan Switzerland sebagai tempat tinggalnya. Selepas 27 tahun menjalin hubungan dengan eksekutif muzik, Erwin Bach, penyanyi digelar Ratu Rock itu mengambil keputusan mengahwini teman lelakinya itu pada majlis sivil di Lake Zurich, Kusnacht, pada 2013.

Turner atau nama sebenar, Anna Mae Bullock mencipta populariti melalui gandingan bersama bekas suami, Ike Turner pada era 1950-an hingga 1970-an, sebelum bergerak solo hingga mencetuskan fenomena pada era 1980-an dengan gaya nyanyian dan imej ‘superstar’ tersendiri.

Ketika hayatnya, Turner yang meraih lapan anugerah Grammy pada era 1980-an, melalui pelbagai episod hitam termasuk dakwaan didera bekas suami mendiang Ike, namun, bangkit menjadi antara ikon wanita dalam industri muzik dengan satu persatu kejayaan.



Banyak lagu dirakam mendiang Turner menduduki senarai lagu hit seperti Typical Male, The Best, Private Dancer dan Better Be Good To Me.

Selain itu, imej seksi, rambut ‘mengerbang’ dan sepasang kaki yang cantik hingga dikatakan mendapatkan perlindungan insurans, sering dikaitkan dengan Turner. BH

Tina Turner meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker