Jumpa esok – TMJ
Jumpa esok – TMJ
Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak berada pada tahap tertinggi dan bersedia menjadikan Sri Pahang FC sebagai ‘mangsa ke-12’ apabila kedua-dua pasukan turun di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
Malah, juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu turut bermotivasi untuk memadamkan rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah selepas 11 aksi sebelum ini.
Jika JDT berjaya menumbangkan lawan, ini bermakna hanya skuad Harimau Selatan menjadi pasukan tunggal yang belum pernah tewas musim ini.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri melaungkan betapa kelabnya sudah sedia menewaskan Sri Pahang malam esok.
“Jumpa anda esok. Pencipta sejarah dan pemecah rekod JDT,” katanya di laman sosial hari ini.
Dalam aksi itu nanti, Sri Pahang bakal turun dengan ‘skuad tempang’ apabila tiga tonggak utamanya iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik Ishak dan Azrif Nasrulhaq tidak akan beraksi.
Ini kerana mereka menyertai skuad Tok Gajah secara pinjaman daripada JDT selama semusim.
Ia sekali gus memberi kelebihan buat tuan rumah yang dijangka bakal menurunkan skuad terkuat pada aksi itu nanti. HM
Jumpa esok – TMJ
Baca Artikel Menarik:
- Langkawi ni Kedah punya – Sanusi
- Pesan Faizal pada Khairy
- Alif Satar Sebak, Anak Perempuan Titip Surat ‘Makan Dalam’
- Ketua kampung temui ajal atas pentas
- Anjur program ‘gang bang’, Kerajaan Johor beri amaran keras jangan buat perkara maksiat
- Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”
- Adira Suhaimi dengan madu tersayang
- Kuku dalam pinggan pelanggan, ilmu pelaris atau memang pengotor
- Kahwini pasangan gay, remaja ditemui mati dikhuatiri dibunuh
- Micheal Ang Luah Kesan Sampingan Covid
- Ini dikatakan punca kenapa Zizan Razak masih membujang
- China gam Uncle Roger
- Haji Hadi salahkan UMNO pula atas kegagalan PAS pinda RUU 355
- Bekas anak Perdana Menteri mengadap SPRM untuk siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama
You must be logged in to post a comment.